Skip to content

Seksyen 17A

Majlis Hakim

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 18 of 99
Seksyen 17A
(1)

Ketua Hakim Negara boleh memanggil mesyuarat Majlis semua Hakim sebagaimana dan apabila didapatinya perlu tetapi supaya ada sekurang-kurangnya satu mesyuarat pada setiap tahun.

(1A)

Presiden boleh, dengan kelulusan Ketua Hakim Negara, memanggil mesyuarat Majlis Hakim Mahkamah Rayuan sebagaimana dan apabila didapatinya perlu.

(2)

Hakim Besar boleh, dengan kelulusan Ketua Hakim Negara, memanggil mesyuarat Majlis Hakim Mahkamah Tinggi sebagaimana dan apabila didapatinya perlu.

Prosiding di Mahkamah Tinggi hendaklah dibereskan oleh Hakim tunggal