Courts of Judicature Act 1964 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian I · Permulaan dan Am
8. Keutamaan Hakim
Feedback & supportHakim-Hakim hendaklah mempunyai keutamaan mengikut susunan yang berikut:
Ketua Hakim Negara;
Presiden;
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya;
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak;
Hakim Mahkamah Persekutuan mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong;
Hakim Mahkamah Rayuan mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong; dan
Hakim lain mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong.