Seksyen 15
Mahkamah hendaklah terbuka dan awam
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Tempat yang dalamnya mana-mana Mahkamah diadakan bagi maksud membicarakan apa-apa kausa atau perkara, sivil atau jenayah, hendaklah disifatkan sebagai suatu mahkamah terbuka dan awam yang kepadanya orang ramai pada amnya mempunyai akses:
Dengan syarat bahawa Mahkamah itu hendaklah mempunyai kuasa untuk mendengar apa-apa kausa atau perkara atau manamana bahagiannya secara tertutup jika Mahkamah berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam atau kesusilaan, atau kerana sebab lain yang mencukupi.
(2)
Sesuatu Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan bahawa tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana-mana saksi dalam apa-apa kausa atau perkara atau mana-mana bahagiannya yang dibicarakan atau diadakan atau yang akan dibicarakan atau diadakan di hadapannya, atau apa-apa keterangan atau apa-apa benda lain yang mungkin membawa kepada pengenalan mana-mana saksi itu; dan mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar mana-mana perintah itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.