Seksyen 38
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
ActIn forceProvision 41 of 99
Seksyen 38
(1)
Tertakluk kepada yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiap-tiap prosiding di Mahkamah Rayuan hendaklah didengar dan dibereskan oleh tiga orang Hakim atau oleh apa-apa bilangan ganjil yang lebih besar Hakim sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden dalam apa-apa kes tertentu.
(2)
Jika Presiden tidak hadir anggota Mahkamah yang paling kanan hendaklah mengetuai.