Skip to content

Seksyen 6

Meterai Mahkamah

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 6 of 99
Seksyen 6
(1)

Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai dan menggunakan, mengikut kehendak keadaan, suatu meterai atau cap daripada jenis dan corak yang ditetapkan oleh Ketua Hakim Negara melalui pemberitahuan dalam Warta.

(1A)

Mahkamah Rayuan hendaklah mempunyai dan menggunakan, mengikut kehendak keadaan, suatu meterai atau cap daripada jenis dan corak yang ditetapkan oleh Presiden melalui pemberitahuan dalam Warta.

(2)

Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai dan menggunakan, mengikut kehendak keadaan, suatu meterai atau cap daripada jenis dan corak yang ditetapkan oleh Hakim Besar melalui pemberitahuan dalam Warta.