Seksyen 18
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Seksyen 18
Tiap-tiap prosiding di Mahkamah Tinggi dan segala urusan yang timbul daripadanya hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bertulis, didengar dan dibereskan di hadapan Hakim tunggal.
(2)
Bilamana mana-mana Hakim, setelah mendengar dan merekodkan keseluruhan atau mana-mana bahagian keterangan dalam sesuatu prosiding, tidak dapat melalui kematian, sakit atau sebab lain untuk menyelesaikan prosiding itu, seorang Hakim lain boleh—
(a)
meneruskan prosiding itu dari peringkat yang Hakim terdahulu itu berhenti dan—
(i)
bertindak atas keterangan yang telahpun direkodkan oleh Hakim terdahulu; atau
(ii)
bertindak atas keterangan yang sebahagiannya direkodkan oleh Hakim terdahulu dan sebahagiannya oleh beliau sendiri; atau
(b)
memanggil semula saksi dan memulakan semula prosiding.
(3)
Jika Hakim bertindak di bawah subperenggan (2)(a)(i) dia boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak kepada prosiding itu, memanggil semula manamana saksi berkenaan dengan mana-mana bahagian keterangan yang telahpun direkodkan, atau dia boleh mengambil keterangan mereka semula:
Dengan syarat bahawa berkenaan dengan prosiding jenayah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan boleh, atas rayuan, mengetepikan mana-mana sabitan atas keterangan yang tidak keseluruhannya direkodkan oleh Hakim yang di hadapannya sabitan itu dibuat jika Mahkamah itu berpendapat bahawa tertuduh itu terjejas olehnya secara material, dan boleh memerintahkan suatu perbicaraan baru.