Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
46. Capaian kepada data berkomputer
Feedback & support(1)
Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah seksyen 44 dan 45 hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
Agensi Pelaporan Kredit 57
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “capaian”—
(a)
termasuklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer itu difahami; dan
(b)
mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(2) dan (5) Akta Jenayah Komputer 1997
[Akta 563].