Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
50. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.