Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
52. Kuasa untuk menghendaki pengemukaan komputer, buku, akaun, dsb
Feedback & supportSeorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud pelaksanaan Bahagian ini, mempunyai kuasa untuk membuat semua atau mana-mana yang berikut:
(a)
menghendaki pengemukaan apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain yang disimpan oleh agensi pelaporan kredit atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinan atau mengambil cabutan daripadanya;
(b)
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan apa-apa perbuatan atau kesalahan di bawah Akta ini;
(c)
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.