Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
48. Senarai komputer, buku, akaun, dsb., yang disita
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang disita menurut
Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu—
hendaklah menyediakan—
suatu senarai komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan
suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan
Undang-Undang Malaysia 58
hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita dan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di premis itu.
Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki untuk disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini diniatkan akan diambil, atau dalam kehadiran pemunya harta sedemikian atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai diberi kuasa hendaklah menampalkan suatu salinan senarai komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.