Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian VII · Penguatkuasaan

49. Pelepasan komputer, buku, akaun, dsb., yang disita

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang telah disita di bawah

Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Pendakwa Raya, melepaskan komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu kepada orang yang diputuskannya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika dia berpuas hati bahawa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini, dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, dan dalam hal ini pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu, atau Kerajaan

Persekutuan, Pendaftar atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Pendaftar tidak boleh dikenakan

Agensi Pelaporan Kredit 59

apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu telah dibuat dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam masa tujuh hari dari pelepasan itu.

Report

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules