Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian VIII · Pelbagai

62. Pengumpulan, dsb., maklumat kredit dengan menyalahi undang-undang

Feedback & support
(1)

Seseorang tidak boleh dengan disedarinya atau secara melulu, tanpa persetujuan agensi pelaporan kredit—

(a)

mengumpul atau menzahirkan maklumat kredit yang dipegang oleh agensi pelaporan kredit itu; atau

(b)

memperoleh penzahiran maklumat kredit yang dipegang oleh agensi pelaporan kredit itu kepada orang lain.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang yang menunjukkan—

(a)

bahawa pengumpulan atau penzahiran maklumat kredit atau pemerolehan penzahiran maklumat kredit itu—

(i)

perlu bagi maksud menghalang atau mengesan sesuatu jenayah atau bagi maksud penyiasatan;

atau

(ii)

dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh perintah mahkamah;

(b)

bahawa dia bertindak atas kepercayaan yang munasabah bahawa dia ada hak di sisi undang-undang untuk mengumpul atau menzahirkan maklumat kredit itu atau untuk memperoleh penzahiran maklumat kredit itu kepada orang lain; atau

(c)

bahawa dia bertindak atas kepercayaan yang munasabah bahawa dia akan mendapatkan persetujuan agensi pelaporan kredit jika agensi pelaporan kredit itu mengetahui mengenai pengumpulan atau penzahiran maklumat kredit itu atau pemerolehan penzahiran maklumat kredit itu dan hal keadaan mengenainya.

Undang-Undang Malaysia 70

(3)

Seseorang yang mengumpul atau menzahirkan maklumat kredit atau memperoleh penzahiran maklumat kredit dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

(4)

Seseorang yang menjual maklumat kredit melakukan suatu kesalahan jika dia telah mengumpul maklumat kredit itu dengan melanggar subseksyen (1).

(5)

Seseorang yang menawar untuk menjual maklumat kredit melakukan suatu kesalahan jika—

(a)

dia telah mengumpul maklumat kredit itu dengan melanggar subseksyen (1); atau

(b)

dia kemudiannya mengumpul maklumat kredit itu dengan melanggar subseksyen (1).

(6)

Bagi maksud subseksyen (5), sesuatu iklan yang menunjukkan bahawa maklumat kredit adalah untuk dijual atau mungkin akan dijual merupakan suatu tawaran untuk menjual maklumat kredit itu.

(7)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian IX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules