Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VIII · Pelbagai
68. Penyampaian notis atau dokumen lain
Feedback & supportPenyampaian sesuatu notis atau apa-apa dokumen lain kepada mana-mana orang hendaklah dilaksanakan—
dengan menghantar serah notis atau dokumen lain itu kepada orang itu;
dengan meninggalkan notis atau dokumen lain itu di alamat kediaman atau tempat perniagaan orang itu yang akhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau
dengan menghantarkan notis atau dokumen lain itu melalui pos dalam suatu surat berdaftar Akuan Terima yang dialamatkan kepada orang itu di alamat kediamannya atau tempat perniagaannya yang akhir diketahui.
Jika orang yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar Akuan Terima yang mengandungi apa-apa notis atau dokumen lain yang mungkin diberikan di bawah Akta ini dimaklumkan mengenai hakikat bahawa terdapat suatu surat berdaftar Akuan Terima yang sedang menunggunya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftar
Akuan Terima itu, notis atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia dimaklumkan sedemikian.
Undang-Undang Malaysia 74