Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VIII · Pelbagai
63. Persubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan
Feedback & support(1)
Seseorang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
(2)
Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan persediaan untuk atau sebagai pelanjutan kepada pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Agensi Pelaporan Kredit 71