Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VIII · Pelbagai
69. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
Feedback & supportTiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Pendaftar;
(b)
mana-mana Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, pegawai diberi kuasa atau mana-mana pegawai Pendaftar;
atau
(c)
mana-mana orang yang bertindak dengan sah bagi pihak
Pendaftar, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.