Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VIII · Pelbagai
65. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Feedback & supportJika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat
Undang-Undang Malaysia 72
sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya;
dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah pencegahan yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya;
oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau
oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajiannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
Agensi Pelaporan Kredit 73