Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IX · Pelbagai
109. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Feedback & supportJika sesuatu kesalahan dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan atau sesuatu persatuan orang, seseorang—
yang merupakan pengarahnya, pengawalnya, pegawainya, atau pekongsinya; atau
yang bersangkut-paut dalam pengurusan hal ehwalnya, pada masa kesalahan itu dilakukan, disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa keizinannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah melakukan segala usaha untuk mencegah kesalahan itu daripada dilakukan sebagaimana yang patut dilakukan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan hal keadaan.
Seseorang individu boleh didakwa bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) walaupun pertubuhan perbadanan atau persatuan orang itu tidak disabitkan atas kesalahan itu.
Subseksyen (1) tidak menjejaskan liabiliti jenayah pertubuhan perbadanan atau persatuan orang itu bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen itu.
Mana-mana orang yang akan melakukan suatu kesalahan jika apa-apa perbuatan telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh orang itu sendiri melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang sama jika perbuatan itu telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh ejen atau pegawainya dalam perjalanan perniagaan ejen itu atau dalam perjalanan pekerjaan pegawai itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau keizinannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah pencegahan yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perbuatan itu.
Institusi Kewangan Pembangunan 147