Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

118. Larangan mengenai penerimaan hadiah, komisen, dsb

Feedback & support
(1)

Tiada pengarah, pegawai atau ejen sesuatu institusi yang ditetapkan, atau mana-mana orang lain yang merupakan orang yang menerima apa-apa bayaran atau saraan atas apa-apa sifat, profesional atau selainnya, daripada institusi yang ditetapkan itu, boleh, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, meminta atau menerima, atau mengizinkan atau bersetuju untuk menerima, apa-apa hadiah, komisen, emolumen, ganjaran, wang, harta, cenderamata atau benda yang nilainya, melebihi satu ratus ringgit atau apa-apa perkhidmatan, kemudahan atau faedah yang tidak ketara lain, sama ada bagi manfaat atau faedahnya sendiri atau bagi manfaat atau faedah mana-mana orang lain, daripada mana-mana orang selain institusi yang ditetapkan itu, untuk mendapatkan atau cuba mendapatkan bagi mana-mana orang—

(a)

apa-apa kemudahan pembiayaan daripada institusi yang ditetapkan itu; atau

(b)

apa-apa benda lain yang berhubungan dengan perniagaan atau hal ehwal institusi yang ditetapkan itu.

(2)

Peruntukan subseksyen (1) tidaklah dengan apa-apa jua cara mengurangkan, dan tidaklah menjejaskan, mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang berhubungan dengan rasuah atau suapan menyalahi undang-undang.

Report

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules