Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IX · Pelbagai
117. Tanggung rugi
Feedback & supportTiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan, atau dikekalkan di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap
Menteri, Gabenor, Timbalan Gabenor, Bank, pengarah, pegawai atau pekerjanya, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, sama ada secara peribadi atau atas sifat rasminya, bagi, atau oleh sebab, atau berkenaan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini, atau mana-mana perintah bertulis, arahan, suruhan, atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Institusi Kewangan Pembangunan 153