Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

123A. Peruntukan yang berhubungan dengan kelulusan, persetujuan, standard, penentuan, notis, kehendak atau arahan

Feedback & support
(1)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan nyata, apa-apa kelulusan atau persetujuan yang diberikan, atau apa-apa standard, penentuan, notis, kehendak atau arahan yang ditentukan atau dikeluarkan di bawah Akta ini—

158

Undang-Undang Malaysia

(a)

boleh dibuat sama ada secara am atau khusus;

(b)

boleh dipinda atau dibatalkan oleh Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(c)

hendaklah dikeluarkan atau disampaikan mengikut cara yang difikirkan wajar oleh Bank dan adalah sah bagi semua maksud.

(2)

Apa-apa kelulusan atau persetujuan di bawah subseksyen (1)

boleh—

(a)

mutlak atau bersyarat; atau

(b)

terhad yang akan habis tempoh pada suatu tarikh yang ditentukan, melainkan jika diperbaharui.

(3)

Jika kuasa diberikan kepada Menteri atau Bank di bawah Akta ini untuk membuat apa-apa penentuan, Menteri atau Bank hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.

Report

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules