Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IX · Pelbagai
110. Kesalahan oleh individu
Feedback & supportJika seseorang boleh dikenakan di bawah Akta ini sesuatu penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan penalti yang sama bagi perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran pekerja, pengarah, pengawal, atau ejennya jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh—
(a)
pekerjanya semasa menjalankan pekerjaannya;
(b)
pengarahnya semasa menjalankan fungsinya sebagai seorang pengarah;
(c)
pengawalnya semasa menjalankan fungsinya sebagai seorang pengawal; atau
(d)
ejennya apabila bertindak bagi pihaknya.
Percantuman kesalahan