Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IX · Pelbagai
113. Kuasa Gabenor untuk mengkompaun kesalahan
Feedback & supportGabenor boleh, dengan keizinan
Pendakwa
Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau di bawah peraturan-peraturan yang
148
Undang-Undang Malaysia dibuat di bawah Akta ini, dengan menyetujui terima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu apa-apa amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Apa-apa wang yang dibayar kepada Gabenor menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan hendaklah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan untuknya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Bank, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat.