Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IX · Pelbagai
116. Pengemukaan maklumat dan perangkaan
Feedback & supportSesuatu institusi yang ditetapkan dan suatu institusi kewangan pembangunan yang baginya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 104(1)
dan subsidiarinya hendaklah mengemukakan kepada Bank atau mana-mana orang yang ditentukan oleh Bank, apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki oleh
Bank melalui notis secara bertulis dalam tempoh yang ditentukan oleh
Bank, dan institusi yang ditetapkan, institusi kewangan pembangunan atau subsidiarinya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat—
yang dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau
*CATATAN—Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] telah dimansuhkan oleh Akta Bank Negara
Malaysia 2009 [Akta 701] yang berkuat kuasa pada 25 November 2009–lihat seksyen 99 Akta 701.
152
Undang-Undang Malaysia
yang tidak tepat atau tidak lengkap kerana terdapat kesilapan atau peninggalan material, atau apa-apa kesilapan atau peninggalan berulang.
Mana-mana institusi yang ditetapkan atau mana-mana institusi kewangan pembangunan yang melanggar perenggan (1)(a) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.
Mana-mana orang yang mematuhi subseksyen (1) tidak dikira sebagai memungkiri mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Bank boleh menghendaki supaya dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) diperakui dengan sewajarnya oleh mana-mana orang termasuklah juruaudit institusi yang ditetapkan atau institusi kewangan pembangunan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.