Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IX · Pelbagai
123B. Peluang untuk membuat representasi
Feedback & supportJika Menteri, atas syor Bank, atau Bank bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen 8(2), 26(1), 33I(4), 54(1), seksyen 55 atau subseksyen 106A(3), Bank hendaklah menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis mengenai tindakan yang dicadangkan itu.
Notis bertulis di bawah subseksyen
hendaklah menyatakan—
tindakan yang dicadangkan untuk diambil oleh Menteri atau
Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan alasan bagi tindakan itu;
Institusi Kewangan Pembangunan 159
tempoh yang orang yang disebut dalam subseksyen (1)
boleh membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan;
dalam hal apa-apa tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen 106A(3), ketidakpatuhan atau kemungkiran yang dilakukan oleh orang itu; dan
jika Bank bercadang untuk mengenakan suatu penalti monetari di bawah perenggan 106A(3)(b), hak orang yang mungkir itu untuk membayar, dalam suatu tempoh yang ditentukan dalam notis itu, penalti monetari yang dinyatakan dalam notis itu.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan suatu peluang yang munasabah untuk membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan mengemukakan representasi itu kepada Bank dalam masa empat belas hari dari tarikh notis oleh Bank.
Selepas habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis oleh
Bank dan mempertimbangkan apa-apa representasi bertulis di bawah subseksyen (3), Menteri, atas syor Bank, atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memutuskan sama ada untuk—
meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau pengubahan tindakan itu; atau
tidak mengambil tindakan selanjutnya.
Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memaklumkan orang yang disebut dalam subseksyen (1)
melalui suatu notis bertulis tentang keputusan di bawah subseksyen (4)
dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam notis itu.
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengambil tindakan yang dicadangkan terlebih dahulu dan peluang untuk membuat representasi
160
Undang-Undang Malaysia hendaklah diberikan serta-merta selepas tindakan itu diambil sekiranya apa-apa kelengahan dalam mengambil tindakan yang dicadangkan akan memudaratkan kepentingan mana-mana institusi yang ditetapkan, pemegang kepentingannya, sistem kewangan atau orang awam pada amnya.
Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, meminda atau membatalkan tindakan yang diambil di bawah subseksyen (6) berbangkit daripada representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu.
Subseksyen (6) tidak terpakai bagi apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 106A.