Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

114B. Perlindungan berhubung dengan penzahiran maklumat kepada Bank

Feedback & support
(1)

Jika seseorang menzahirkan secara suci hati kepada Bank pengetahuannya atau kepercayaannya atau apa-apa dokumen atau maklumat bahawa suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan atau mungkin akan dilakukan di bawah

Akta ini—

(a)

orang itu tidak bertanggungan bagi suatu kemungkiran obligasi kerahsiaan yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang, kontrak atau kaedah-kaedah amalan profesional;

(b)

ia hendaklah menjadi suatu pembelaan dalam suatu tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding yang dibawa, dimulakan atau diteruskan di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap orang yang membuat penzahiran itu kepada Bank yang dia percaya penzahiran itu perlu bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini; dan 150

Undang-Undang Malaysia

(c)

tidak ada hak atau remedi kontraktual atau hak atau remedi lain boleh dikuatkuasakan terhadap orang itu atas sebab penzahiran itu.

(2)

Apa-apa dokumen atau maklumat yang dizahirkan kepada Bank di bawah subseksyen (1) dan maklumat dan pengenalan diri orang yang membuat penzahiran itu hendaklah menjadi rahsia antara Bank dengan orang yang membuat penzahiran itu.

Report

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules