Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian III · Sekatan ke Atas Perniagaan
29. Had pendedahan pihak balas tunggal
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen 28(1) dan kecuali diluluskan oleh
Menteri atas syor Bank, tiada institusi yang ditetapkan boleh mempunyai pendedahan kepada suatu pihak balas tunggal, sama ada berhubung dengan kumpulan wangnya sendiri atau mana-mana kumpulan wang amanah yang diuruskannya di bawah seksyen 43, yang melebihi had yang ditentukan oleh Bank.
Suatu pendedahan kepada pihak balas tunggal yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk suatu pendedahan kepada mana-mana kumpulan orang yang berkaitan dengan pihak balas tunggal itu tetapi tidak termasuk apa-apa pendedahan kepada, dan apa-apa pendedahan yang dijamin secara nyata oleh, Bank atau
Kerajaan.
Bagi maksud seksyen ini, Bank boleh menentukan perkara yang menjadi “berkaitan”, “pihak balas” atau “pendedahan”.
(Dipotong oleh Akta A1502).
(Dipotong oleh Akta A1502).
(Dipotong oleh Akta A1502).
(Dipotong oleh Akta A1502).
(Dipotong oleh Akta A1502).