Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian III · Sekatan ke Atas Perniagaan

33D. Kewajipan memastikan pematuhan Shariah

Feedback & support
(1)

Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya adalah mematuhi Shariah.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), suatu pematuhan terhadap apa-apa nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah berkenaan dengan apa-apa perniagaan, hal ehwal atau aktiviti tertentu hendaklah disifatkan sebagai suatu pematuhan terhadap Shariah berkenaan dengan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu.

(3)

Jika sesuatu institusi yang ditetapkan menyedari bahawa ia menjalankan apa-apa perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya dengan cara yang tidak mematuhi Shariah atau nasihat jawatankuasa

Shariahnya atau nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah, institusi yang ditetapkan itu hendaklah—

(a)

dengan serta-merta memaklumkan Bank dan jawatankuasa

Shariahnya mengenai hakikat itu;

(b)

dengan serta-merta berhenti daripada menjalankan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu dan daripada mengambil apa-apa perniagaan, hal ehwal atau aktiviti lain yang serupa; dan

(c)

dalam tempoh tiga puluh hari setelah menyedari ketidakpatuhan itu atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, mengemukakan kepada Bank suatu rancangan mengenai pembetulan ketidakpatuhan itu.

(4)

Bank boleh menjalankan suatu penilaian yang difikirkannya perlu untuk menentukan sama ada institusi yang ditetapkan itu telah membetulkan ketidakpatuhan yang disebut dalam subseksyen (3).

60

Undang-Undang Malaysia

(5)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa Bank untuk menentukan standard mengenai perkara

Shariah

*33E. (1) Bank boleh, mengikut nasihat atau keputusan

Majlis Penasihat Shariah, menentukan standard—

(a)

mengenai perkara Shariah berkenaan dengan penjalanan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti oleh sesuatu institusi yang ditetapkan yang menghendaki penentuan hukum

Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah; dan

(b)

untuk menguatkuasakan nasihat atau keputusan

Majlis Penasihat Shariah.

(2)

Sebagai tambahan, Bank juga boleh menentukan standard yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang berikut yang tidak menghendaki penentuan hukum Syarak:

(a)

tadbir urus Shariah termasuk—

(i)

fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan dan anggota jawatankuasa Shariah sesuatu institusi yang ditetapkan berhubung dengan pematuhan Shariah;

(ii)

kehendak layak dan sesuai atau kehilangan kelayakan seorang anggota jawatankuasa Shariah; dan

(iii)

fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan

*CATATAN—Kecualian am–lihat subseksyen 111(2) dan (3) Akta Institusi Kewangan Pembangunan

(Pindaan) 2015 [Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016 dan Kecualian berkenaan dengan institusi yang ditetapkan untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam–lihat subseksyen 112(2) Akta

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 [Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

Institusi Kewangan Pembangunan 61

(b)

apa-apa perkara lain berhubung dengan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti sesuatu institusi yang ditetapkan bagi maksud pematuhan Shariah.

(3)

Tiap-tiap institusi yang ditetapkan, pengarahnya,

Ketua Pegawai Eksekutifnya, pegawai kanannya atau anggota suatu jawatankuasa Shariah hendaklah pada setiap masa mematuhi standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) dan (2) yang terpakai bagi orang itu.

(4)

Tiap-tiap institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa—

(a)

memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya mengenai tadbir urus Shariah adalah selaras dengan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini;

dan

(b)

sama ada atau tidak standard telah ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini, menguruskan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya mengikut cara yang tidak bertentangan dengan Shariah.

(5)

Tiap-tiap pengarah, pegawai atau anggota jawatankuasa Shariah sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi itu untuk melaksanakan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) atau (2).

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa standard yang ditentukan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

62

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian IV

Obligasi dan Sumber Kewangan

Bahagian V

Urusan Dengan Wang Kerajaan

Bahagian VI

Pengawalan Orang yang Ingkar

Bahagian VII

Juruaudit dan Akaun

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules