Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian III · Sekatan ke Atas Perniagaan
32. Pengawalan had kredit
Feedback & supportSeorang pengarah atau pegawai suatu institusi yang ditetapkan tidak boleh memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan yang melebihi had, atau di luar ruang lingkup mana-mana terma dan syarat, yang dikenakan ke atasnya oleh institusi yang ditetapkan itu, atau yang melanggar apa-apa arahan yang diberikan kepadanya, atau mana-mana perjanjian yang dibuat dengannya, oleh institusi yang ditetapkan itu.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Subseksyen (1) terpakai bagi wang institusi yang ditetapkan dan mana-mana kumpulan wang amanah yang diuruskannya di bawah seksyen 43.
Bank boleh dengan notis bertulis mengarahkan sesuatu institusi yang ditetapkan supaya—
mengemukakan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan dasar dan tatacaranya mengenai pemberian apa-apa kemudahan pembiayaan;
mengemukakan suatu laporan mengenai had atau terma dan syarat yang dikenakan, arahan yang diberikan, dan perjanjian yang dibuat, berhubung dengan kuasa setiap pengarah atau pegawainya yang diberi kuasa untuk memberikan kemudahan pembiayaan; atau
mengubahsuaikan dasar atau tatacara yang disebut dalam perenggan (a), atau mengubah perkara yang disebut dalam perenggan (b), sebagaimana yang difikirkan patut dan sesuai oleh Bank, sama ada secara am, atau berhubung
Institusi Kewangan Pembangunan 55
dengan apa-apa golongan pengarah atau pegawai, atau berhubung dengan mana-mana pengarah atau pegawai tertentu, dan ubah suaian atau perubahan itu hendaklah mengikat institusi yang ditetapkan itu dan pengarah dan pegawainya.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Pelaburan aset