Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian III · Sekatan ke Atas Perniagaan

33N. Pelantikan orang oleh Bank untuk menjalankan audit pematuhan Shariah

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan seksyen 33M, Bank boleh melantik bagi sesuatu institusi yang ditetapkan mana-mana orang untuk menjalankan suatu audit pematuhan Shariah—

(a)

sekiranya institusi yang ditetapkan itu gagal untuk melantik seorang di bawah subseksyen 33M(1);

(b)

sebagai tambahan kepada orang yang dilantik di bawah subseksyen 33M(1); atau

Institusi Kewangan Pembangunan 67

(c)

dalam apa-apa hal keadaan lain yang Bank sifatkan wajar bagi maksud pematuhan kepada Shariah oleh institusi yang ditetapkan itu, dan saraan dan perbelanjaan yang berhubungan dengan pelantikan itu hendaklah ditanggung oleh institusi yang ditetapkan.

(2)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai apa-apa fungsi dan kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Bank mengenai audit yang dijalankan menurut seksyen ini.

(3)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) tidaklah bertanggungan bagi kemungkiran obligasi kerahsiaan antara orang itu dengan institusi yang ditetapkan itu berkenaan dengan perkara yang dilaporkan kepada Bank menurut suatu audit pematuhan Shariah di bawah seksyen ini.

Report

Bahagian IV

Obligasi dan Sumber Kewangan

Bahagian V

Urusan Dengan Wang Kerajaan

Bahagian VI

Pengawalan Orang yang Ingkar

Bahagian VII

Juruaudit dan Akaun

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules