Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian III · Sekatan ke Atas Perniagaan

33A. Tafsiran dan pemakaian

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Bahagian ini—

“akaun pelaburan” mempunyai erti yang sama seperti dalam

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

“deposit Islam” mempunyai erti yang sama seperti dalam

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

“perniagaan kewangan Islam” ertinya perniagaan atau aktiviti mengikut Shariah yang diluluskan untuk dijalankan oleh sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah perenggan 33B(1)(a) atau (b), yang boleh termasuk—

(a)

menyetuju terima deposit Islam atas akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau akaun lain yang serupa, dengan atau tanpa perniagaan membayar atau memungut cek yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan; dan

(b)

menyetuju terima wang di bawah suatu akaun pelaburan.

(2)

Dalam Penggal 2 hingga Penggal 4 Bahagian ini, “institusi yang ditetapkan” merujuk kepada sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen 33B(1) untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam.

(3)

Dalam hal sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah perenggan 33B(1)(b), Penggal 2

hingga Penggal 4 Bahagian ini hendaklah terpakai hanya bagi perniagaan atau aktiviti yang diluluskan untuk dijalankan oleh institusi yang ditetapkan itu di bawah perenggan itu.

Institusi Kewangan Pembangunan 57

Institusi yang ditetapkan dibenarkan untuk menjalankan perniagaan atau aktiviti mengikut Shariah

*33B. (1) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini atau

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 boleh melarang atau menyekat mana-mana institusi yang ditetapkan daripada—

(a)

menjalankan seluruh perniagaannya atau aktivitinya mengikut Shariah; atau

(b)

menjalankan perniagaan atau aktiviti mengikut Shariah sebagai tambahan kepada perniagaan konvensionalnya yang sedia ada, dengan syarat bahawa institusi yang ditetapkan itu mendapat kelulusan bertulis Bank terlebih dahulu.

(2)

Bank boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas kelulusan yang diberi oleh Bank di bawah subseksyen (1).

(3)

Sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan

Bank di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menjalankan seluruh perniagaannya atau aktivitinya mengikut Shariah melainkan jika institusi yang ditetapkan itu mendapat kelulusan Bank secara bertulis terlebih dahulu di bawah perenggan (1)(a).

(4)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

*CATATAN—Kecualian berkenaan dengan institusi yang ditetapkan untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam–lihat subseksyen 112(1) Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015

[Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

58

Undang-Undang Malaysia

Kehendak ke atas institusi yang ditetapkan yang diluluskan di bawah perenggan 33B(1)(b)

*33C. (1) Sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah perenggan 33B(1)(b) hendaklah—

(a)

menubuhkan dan menyenggara pada setiap masa suatu kumpulan wang dengan amaun minimum yang ditentukan oleh Bank untuk membiayai pengendalian perniagaan kewangan Islamnya; dan

(b)

menyimpan semua aset dan liabiliti perniagaan kewangan

Islamnya berasingan daripada aset dan liabilitinya yang lain mengikut cara yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(a)

hendaklah—

(a)

dibiayai daripada dana modal institusi yang ditetapkan dan dana daripada sumber lain yang ditentukan oleh Bank; dan

(b)

diasingkan daripada dana modal institusi yang ditetapkan bagi pengendalian perniagaannya atau aktivitinya selain perniagaan kewangan Islam.

(3)

Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank, aset sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah perenggan 33B(1)(b) yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islamnya tidak boleh—

(a)

digunakan untuk membiayai pengendalian perniagaan konvensionalnya; dan

(b)

tertakluk pada hutang atau obligasi lain institusi yang ditetapkan itu berhubung dengan perniagaan konvensionalnya.

*CATATAN—Kecualian berkenaan dengan institusi yang ditetapkan untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam–lihat subseksyen 112(2) Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015

[Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.

Institusi Kewangan Pembangunan 59

Report

Bahagian IV

Obligasi dan Sumber Kewangan

Bahagian V

Urusan Dengan Wang Kerajaan

Bahagian VI

Pengawalan Orang yang Ingkar

Bahagian VII

Juruaudit dan Akaun

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules