Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian III · Sekatan ke Atas Perniagaan
31. Penzahiran kepentingan pengarah
Feedback & supportTiap-tiap pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan yang mempunyai dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa kepentingan mengenai sesuatu kemudahan pembiayaan yang dicadangkan, sama ada daripada wang institusi itu sendiri atau mana-mana kumpulan wang amanah yang diuruskannya di bawah seksyen 43, yang akan diberikan kepada mana-mana orang oleh institusi yang ditetapkan itu hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan mengisytiharkan secara bertulis jenis kepentingannya kepada mesyuarat pengarah yang dianggotai dengan sewajarnya, dan setiausaha institusi yang ditetapkan itu, atau pegawai lain yang dilantik oleh institusi yang ditetapkan itu bagi maksud itu, hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan perisytiharan sedemikian diedarkan dengan segera kepada tiap-tiap pengarah tidak kira sama ada dia hadir atau tidak pada mesyuarat itu.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Institusi Kewangan Pembangunan 53
Bagi maksud subseksyen (1), suatu notis am bertulis yang disampaikan kepada setiap pengarah institusi yang ditetapkan itu oleh seseorang pengarah yang bermaksud bahawa dia merupakan seorang pengarah, pegawai atau anggota badan yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, atau seorang pengarah atau pegawai keempunyaan tunggal yang kepadanya kemudahan pembiayaan itu dicadangkan diberikan hendaklah disifatkan sebagai perisytiharan kepentingan yang mencukupi berhubung dengan kemudahan pembiayaan yang dicadangkan itu jika notis am itu—
menyatakan jenis dan takat kepentingan pengarah itu dalam badan atau keempunyaan tunggal itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
dikemukakan dan dibacakan pada mesyuarat pengarah institusi yang ditetapkan di mana notis itu disampaikan atau, jika tidak disampaikan pada mesyuarat pengarah, pada mesyuarat pengarah yang berikutnya selepas disampaikan kepada setiap seorang pengarah.
Tiap-tiap pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan yang memegang apa-apa jawatan, atau memiliki apa-apa harta, yang dengannya, secara langsung atau tidak langsung, kewajipan atau kepentingan mungkin diwujudkan yang bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai pengarah institusi yang ditetapkan itu, hendaklah mengisytiharkan pada mesyuarat pengarah institusi yang ditetapkan itu hakikat tentang pemegangan jawatan itu atau pemilikan harta itu olehnya dan jenis, sifat dan takat percanggahan itu.
Perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (4) hendaklah dibuat pada mesyuarat pengarah yang pertama yang diadakan—
selepas dia menjadi pengarah institusi yang ditetapkan itu;
atau
jika dia memang seorang pengarah, selepas dia mula memegang jawatan atau memiliki harta itu.
Setiausaha institusi yang ditetapkan atau pegawai lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mencatatkan apa-apa
54
Undang-Undang Malaysia perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini dalam minit mesyuarat yang pada perisytiharan itu dibuat atau yang padanya ia dikemukakan dan dibaca.
(Dipotong oleh Akta A1502).