Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian III · Sekatan ke Atas Perniagaan
30. Sekatan ke atas pemberian kemudahan pembiayaan
Feedback & supportSesuatu institusi yang ditetapkan boleh, sama ada daripada wangnya sendiri atau mana-mana kumpulan wang amanah yang diuruskannya di bawah seksyen 43, dan walau apa pun perenggan 28(3)(a), memberikan kemudahan pembiayaan kepada isteri atau suami, anak atau ibu atau bapa mana-mana pengarah atau pegawainya untuk membeli rumah, jika—
52
Undang-Undang Malaysia
orang yang kepadanya kemudahan pembiayaan itu diberikan mempunyai kepercayaan kredit yang tidak kurang daripada kepercayaan kredit yang biasanya dikehendaki oleh institusi yang ditetapkan itu daripada orang lain yang kepadanya kemudahan pembiayaan diberikan;
terma kemudahan pembiayaan itu tidak kurang baiknya kepada institusi yang ditetapkan itu daripada yang biasa ditawarkan kepada orang lain;
pemberian kemudahan pembiayaan itu adalah bagi kepentingan institusi yang ditetapkan itu; dan
kemudahan pembiayaan itu diluluskan oleh semua pengarah lain institusi yang ditetapkan itu pada suatu mesyuarat pengarah yang dianggotai dengan sewajarnya yang dihadiri oleh tidak kurang daripada tiga suku daripada semua pengarah institusi yang ditetapkan itu dan kelulusan itu telah dicatatkan dalam minit mesyuarat itu.