Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian III · Sekatan ke Atas Perniagaan
33L. Perlindungan bersyarat dan obligasi kerahsiaan
Feedback & supportSeseorang anggota jawatankuasa Shariah tidak bertanggungan—
(a)
bagi suatu kemungkiran obligasi kerahsiaan antara anggota itu dengan institusi yang ditetapkan berkenaan dengan—
(i)
apa-apa pelaporan kepada Bank; atau
(ii)
penjalanan fungsinya dan kewajipannya, menurut apa-apa standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 33E(2) yang dilakukan atau dibuat dengan suci hati; atau
(b)
untuk dibawa guaman di mana-mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh anggota itu tanpa niat jahat dalam penjalanan fungsinya dan kewajipannya di bawah Akta ini.
66
Undang-Undang Malaysia