Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian III · Sekatan ke Atas Perniagaan
33I. Pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Shariah
Feedback & supportSeorang anggota jawatankuasa Shariah hendaklah terhenti menjadi anggota sekiranya—
anggota itu meletak jawatan sebagai anggota;
institusi yang ditetapkan itu, tertakluk pada subseksyen (3), menamatkan pelantikan anggota itu;
Institusi Kewangan Pembangunan 63
anggota itu hilang kelayakan menurut mana-mana standard yang ditentukan oleh
Bank di bawah subperenggan 33E(2)(a)(ii); atau
anggota itu tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 33E(2)(a)(ii) dengan memuaskan hati Bank.
Seorang anggota jawatankuasa Shariah yang—
meletak jawatan sebagai anggota; atau
menyedari bahawa dia telah hilang kelayakan menurut mana-mana standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 33E(2)(a)(ii) dan oleh itu, menurut perenggan (1)(c), terhenti menjadi anggota, hendaklah memaklumkan Bank hakikat itu dan sebabnya dengan serta merta atau dalam apa-apa hal tidak lewat daripada empat belas hari dari hal keadaan itu.
Sesuatu institusi yang ditetapkan tidak boleh menamatkan pelantikan anggota jawatankuasa Shariahnya melainkan jika institusi yang ditetapkan itu telah mendapat kelulusan bertulis Bank terlebih dahulu untuk berbuat demikian.
Tertakluk pada seksyen 123B, Bank boleh, melalui perintah secara bertulis, memecat anggota jawatankuasa Shariah sekiranya
Bank berpendapat bahawa—
mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(c) atau (d) telah berlaku berhubung dengan anggota itu dan anggota itu kekal menjadi anggota jawatankuasa Shariah itu; atau
anggota itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau tidak mematuhi mana-mana standard yang terpakai baginya.
64
Undang-Undang Malaysia
Pemecatan anggota jawatankuasa
Shariah di bawah subseksyen (4) adalah menurut undang-undang dan sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya dan sama ada atau tidak dibuat atau diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan orang yang dipecat daripada jawatan itu tidak berhak untuk menuntut pampasan bagi kehilangan jawatan itu.