Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
80. Pindaan seksyen 90
Feedback & supportSeksyen 90 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (2)(b)—
dengan memasukkan selepas perkataan
“di hadapannya” perkataan “, dalam tempoh yang ditentukan oleh pegawai itu,”; dan
dengan menggantikan perkataan “laporan atau dokumen” dengan perkataan “laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang boleh membantu dalam penyiasatan atas kesalahan atau kemungkiran itu;”;
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) M a n a - m a n a o r a n g y a n g m e l a n g g a r subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.”; dan
dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan
“didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit
Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)
63
bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan”
dengan perkataan “dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya”.