Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
79. Pindaan seksyen 89
Feedback & supportSeksyen 89 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan
“yang dipunyai oleh atau dalam milik atau kawalan institusi yang ditetapkan atau syarikat induk, anak syarikat atau pekerjanya”;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“premis itu untuk mencari apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen dan menyita dan menahan apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen”
dengan perkataan “premis itu, menyita dan menahan apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat”;
Undang-Undang Malaysia 60
dalam perenggan (c)—
dengan menggantikan perkataan “laporan atau dokumen” dengan perkataan “laporan, dokumen, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“yang disita dan ditahan sedemikian”
perkataan “, termasuk mengakses mana-mana program atau data yang disimpan di dalam mana-mana komputer atau mempunyai akses untuk memeriksa atau menyemak operasi mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan dengannya”;
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “laporan atau dokumen” dengan perkataan
“laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat”;
dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan
“laporan, rekod atau dokumen” dengan perkataan
“rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat”; dan
dalam perenggan (f), dengan memasukkan selepas perkataan “wadah” perkataan “, termasuk mengakses komputer”;
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“laporan atau dokumen” dengan perkataan “laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Seorang pegawai penyiasat hendaklah, bagi maksud seksyen ini, disediakan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan
Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)
61
yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan di dalam mana-mana komputer termasuk dalam suatu bentuk yang maklumat yang terkandung di dalam suatu komputer dapat diambil dan yang ia dapat dilihat dan dibaca.
Apa-apa output komputer, data, buku, dokumen, maklumat atau pernyataan yang diperoleh atau diberikan kepada seorang pegawai penyiasat semasa suatu penggeledahan di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini.”;
dalam subseksyen (4)—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “laporan atau dokumen yang disita”
dengan perkataan “laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang disita”;
dan
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “laporan atau dokumen itu dijumpai”
dengan perkataan “laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu dijumpai atau diperoleh”;
dalam subseksyen (5)—
dengan menggantikan perkataan “hadir semasa”
dengan perkataan “dibenarkan untuk hadir pada tiap-tiap masa”; dan
dengan menggantikan perkataan “dan suatu salinan senarai yang disediakan di bawah subseksyen (4) hendaklah diserahkan kepada orang itu atas permintaannya” dengan perkataan
“menandatangani senarai geledah itu atau mengecap cap ibu jarinya atas senarai itu, dan diberikan satu salinan senarai geledah yang disediakan dan ditandatangani atau dicap dengan cap ibu jari di bawah seksyen ini”; dan
Undang-Undang Malaysia 62
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Jika penghuni premis itu atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu enggan menandatangani senarai geledah itu atau mengecap cap ibu jarinya atas senarai geledah itu, pegawai penyiasat hendaklah mengendorskan atas senarai geledah itu, di bawah namanya, hakikat dan sebab keengganan itu, jika ada, yang dinyatakan oleh penghuni itu atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu.”.