Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian VI · Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Juruaudit Tenaga

29. Pembaharuan perakuan amalan pengurus tenaga berdaftar dan juruaudit tenaga berdaftar

Feedback & support
(1)

Pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar boleh memohon untuk membaharui perakuan amalannya yang dikeluarkan di bawah subseksyen 28(3) sebelum tarikh habis tempoh perakuan amalan itu dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar yang memohon bagi pembaharuan perakuan amalan selepas tarikh habis tempoh perakuan amalan itu hendaklah membayar fi lewat yang ditetapkan.

(3)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Kecekapan dan Konservasi Tenaga 31

(4)

Jika permohonan bagi pembaharuan perakuan amalan dibuat oleh pengurus tenaga berdaftar, sebagai tambahan kepada fi yang ditetapkan dan maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (3), permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa bukti bahawa pengurus tenaga berdaftar itu telah menghadiri program pembangunan berterusan yang mencukupi yang dijalankan oleh suatu institusi latihan berdaftar sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

(5)

Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—

(a)

meluluskan permohonan itu dan membaharui perakuan amalan itu selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau

(b)

menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

Report

Bahagian VII

Pendaftaran Institusi Latihan

Bahagian VIII

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Schedules