Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian VI · Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Juruaudit Tenaga
30. Pembatalan perakuan pendaftaran pengurus tenaga berdaftar dan juruaudit tenaga berdaftar
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, melalui notis bertulis kepada pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, membatalkan perakuan pendaftaran pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar itu yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(3) jika pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar itu—
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;
telah menyalahgunakan atau menyebabkan disalah guna perakuan pendaftaran itu;
telah mengubah perakuan pendaftaran itu;
telah memperoleh perakuan pendaftaran itu dengan membuat atau menyebabkan dibuat, atau dengan mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan, suatu pengakuan, perakuan, permohonan, representasi atau maklumat palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya; atau
telah disabitkan dengan kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau rasuah.
Undang-Undang Malaysia 32
Apabila perakuan pendaftaran dibatalkan, kedua-dua perakuan pendaftaran dan perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(3) dan 28(3) masing-masing, hendaklah menjadi tidak sah dari tarikh notis bertulis yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) dan pengurus tenaga atau juruaudit tenaga itu tidak dibenarkan untuk memfailkan apa-apa permohonan baharu untuk didaftarkan di bawah Akta ini.