Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian VI · Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Juruaudit Tenaga
28. Permohonan bagi perakuan amalan pengurus tenaga berdaftar dan juruaudit tenaga berdaftar
Feedback & supportPermohonan bagi suatu perakuan amalan oleh pengurus tenaga atau juruaudit tenaga yang telah berdaftar di bawah seksyen 27
hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan suatu perakuan amalan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
Perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)
hendaklah sah bagi suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan amalan itu.