Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian VI · Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Juruaudit Tenaga
27. Permohonan bagi pendaftaran pengurus tenaga dan juruaudit tenaga
Feedback & supportPermohonan bagi pendaftaran pengurus tenaga dan juruaudit tenaga hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan suatu perakuan pendaftaran dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
Undang-Undang Malaysia 30