Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian VII · Pendaftaran Institusi Latihan

33. Permohonan bagi pendaftaran institusi latihan

Feedback & support
(1)

Permohonan bagi pendaftaran institusi latihan hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(3)

Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—

(a)

meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan suatu perakuan pendaftaran dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau

(b)

menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

Report

Bahagian VIII

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Schedules