Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian VII · Pendaftaran Institusi Latihan
34. Permohonan bagi perakuan amalan institusi latihan berdaftar
Feedback & supportPermohonan bagi perakuan amalan oleh institusi latihan yang telah berdaftar di bawah seksyen 33 hendaklah dibuat kepada
Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan suatu perakuan amalan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau
Undang-Undang Malaysia 34
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
Perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)
hendaklah sah bagi suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan amalan itu.