Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian VII · Pendaftaran Institusi Latihan

35. Pembaharuan perakuan amalan institusi latihan berdaftar

Feedback & support
(1)

Institusi latihan berdaftar boleh memohon untuk membaharui perakuan amalannya yang dikeluarkan di bawah subseksyen 34(3)

sebelum tarikh habis tempoh perakuan amalan itu dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Institusi latihan berdaftar yang memohon bagi pembaharuan perakuan amalan selepas tarikh habis tempoh perakuan amalan itu hendaklah membayar fi lewat yang ditetapkan.

(3)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(4)

Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—

(a)

meluluskan permohonan itu dan membaharui perakuan amalan itu selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau

(b)

menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

Report

Bahagian VIII

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Schedules