Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian VII · Pendaftaran Institusi Latihan

36. Pembatalan perakuan pendaftaran institusi latihan berdaftar

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis kepada institusi latihan berdaftar, membatalkan perakuan pendaftaran institusi latihan berdaftar itu yang dikeluarkan di bawah subseksyen 33(3)

jika institusi latihan berdaftar itu—

(a)

telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

telah terhenti untuk menjalankan perniagaan yang berkenaan dengannya ia didaftarkan di bawah Akta ini;

Kecekapan dan Konservasi Tenaga 35

(c)

telah menyalahgunakan atau menyebabkan disalah guna perakuan pendaftaran itu;

(d)

telah mengubah perakuan pendaftaran itu;

(e)

telah memperoleh perakuan pendaftaran itu dengan membuat atau menyebabkan dibuat, atau dengan mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan, suatu pengakuan, perakuan, permohonan, representasi atau maklumat palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya; atau

(f)

telah disabitkan dengan kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau rasuah.

(2)

Apabila perakuan pendaftaran dibatalkan, kedua-dua perakuan pendaftaran dan perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 33(3) dan 34(3) masing-masing, hendaklah menjadi tidak sah dari tarikh notis bertulis yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) dan institusi latihan itu tidak dibenarkan untuk memfailkan apa-apa permohonan baharu untuk didaftarkan di bawah Akta ini.

Report

Bahagian VIII

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Schedules