Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
22. Kad kuasa
Feedback & support(1)
Maka hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh
Pengerusi Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 22
(2)
Apabila seseorang pegawai diberi kuasa menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).