Seksyen 36
Pemeriksaan atau pengujian makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang disita
Apabila apa-apa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan disita di bawah Akta ini, adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa lima peratus sahaja daripada setiap perihalan bungkusan atau bekas yang di dalamnya makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu terkandung.
Makanan Haiwan 29
(2)
Jika perlu dilakukan ujian terhadap mana-mana makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang disita di bawah Akta ini, adalah mencukupi untuk hanya menguji suatu sampel yang tidak melebihi lima peratus daripada jumlah atau berat makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang diperiksa di bawah subseksyen (1).
(3)
Mahkamah hendaklah menganggapkan bahawa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang terkandung di dalam bungkusan atau bekas yang tidak dibuka adalah daripada jenis, bilangan dan mutu yang sama seperti yang dijumpai di dalam bungkusan atau bekas yang serupa yang telah dibuka.