Seksyen 28
Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut
Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut membawa apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu dan boleh, jika pada pemeriksaan itu dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, buku, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
(2)
Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa itu—
(a)
memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa itu memeriksa pengangkut itu; dan
(b)
membuka semua bahagian pengangkut itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu sebagaimana yang didapati perlu oleh pegawai diberi kuasa itu.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 698
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.