Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
26. Kuasa untuk memasuki premis
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 24 dan 25, seseorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—
(a)
memeriksa apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
(b)
mengesahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa; atau
(c)
mengambil sampel apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan atau bahan lain yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui ujian atau selainnya, sama ada suatu kesalahan telah dilakukan.
Makanan Haiwan 25