Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
37. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Feedback & supportTiada seorang pun, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini, berhak untuk mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.