Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2019Read it in English

Bahagian VI · Penguatkuasaan

23. Kuasa penangkapan

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang melakukan atau cuba untuk melakukan, atau yang dengan semunasabahnya disyaki oleh pegawai diberi kuasa sebagai melakukan atau cuba untuk melakukan, mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini jika orang itu enggan memberikan nama atau alamatnya atau memberikan alamatnya sebagai di luar

Malaysia atau ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu telah memberikan nama atau alamat palsu atau orang itu mungkin melarikan diri.

(2)

Jika mana-mana orang telah ditangkap di bawah subseksyen (1), orang itu hendaklah selepas itu diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Report